MENU

1.MASJID KAMPONG TALONG

      Masjid yang berharga RM50,000.00 dibina pada tahun 1963 di atas tanah yang berkeluasan 0.5 ekar.   Dapat menampung seramai kira-kira 100 orang jemaah.Kos pembinaan masjid ini dibiayai oleh kerajaan 
negeri.

 

 

2.MASJID KAMPUNG KUALA JENGAL

      Masjid Kuala Jengal ini terletak kira-kira 65 kilometer dari bandar Dungun didirikan pada tahun 1953 dengan kapasiti bilangan jemaah 10 orang.  Kos pembinaan sebanyak RM9920.00 adalah daripada kerajaan negeri. Kawasan adalah strategik kerana berdekatan dengan pembangunan iaitu Balai Polis, Sekolah, Klinik Desa, Perpustakaan Desa, Pejabat Veterinar, Balai Raya dan Kedai.

      Pembinaan bermula pada tahun 1890-an diatas tanah kerajaan  dan telah dibangunkan secara bergotong-royong oleh kariah masjid. Pada ketika itu, tiang masjid adalah kayu bulat, berdinding kulit kayu kepong dan beratap daun palas. Pada tahun 1950 atap ditukar dari daun palas kepada atap bata. Pada tahun 1962 telah ditukar kepada dinding papan dan beratap asbestos.

      Tahun 2002 masjid diperbesarkan secara bergotong-royong dan derma penduduk setempat menjadi ukuran seperti sekarang. Bilik solat 68kaki X 50kaki, bilik makan lelaki 25kaki X 50kaki dan bilik makan perempuan 25kaki X 50kaki. 
Terletak di atas tanah yang berkeluasan 2197mp – 2460mp di no lot 713 G 479.Dahulunya masjid ini berada di tempat lain.  Disebabkan pelarian komunis semua penduduk berpindah di Kuala Jengal termasuk masjid. Persempadanan berjumaat di utara Kg Talong, selatan Kg Mesirah, timur Kg Rantau Panjang dan barat Kg Jonggok Batu.

 

 

3.MASJID KAMPUNG MINDA

      Masjid Kampung Minda ini mula dibina awal tahun 1950an lagi dan binaan masjid pada masa itu bertiang kayu gergaji tangan beratap zink dan berkulit kayu(dinding) dan pada zaman awalnya dikenali sebagai “Masjid Tinggi” oleh penduduk setempat. Pada tahun 1961 solat jumaat pertama didirikan di masjid ini setelah mendapat kebenaran daripada Pejabat Agama. Pengubahsuaian masjid telah dibuat oleh penduduk setempat mulai tahun 1967 dengan menggunakan binaan daripada Masjid Kg Tepus yang berasaskan kayu cengal dan atap bata.  Dalam tahun 1970an masjid ini dibuat pengubahsuaian kali kedua dan termasuk membina mimbar. Tahun 1983 masjid ini telah dibuat pengubahsuainan kali ke tiga dengan penambahan bahagian hadapan, belakang serta verandah.

      Pada tahun 2007 masjid baru Kg Minda telah dibina di atas tapak baru rezab kerajaan yang berkeluasan 0.5 ekar. Peruntukan bagi membina masjid baru ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan Negeri melalui peruntukan 1 masjid 1 DUN. Masjid ini dapat menampung lebih kurang 500 orang jemaah pada satu masa. Keutusan Jawatankuasa Masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong Minda telah bwersepakat menamakan masjid baru ini dengan nama Masjid As Syakirin Kg. Minda.