MENU

1.MASJID KAMPUNG JONGOK BATU

     Masjid pertama didirikan pada tahun 1945 yang dinamakan Masjid Kg Cheniah  dengan beratapkan daun dan berlantaikan buluh dan berdindingkan kulit kayu. Pada tahun 1961 arahan daripada pihak Kerajaan penduduk Kg Cheniah diarah berpindah ke Kg Jonggok Batu atas sebab darurat . Maka dengan itu masjid ke-2 didirikan tahun 1960. Imam bilal ketika itu bertugas secara sukarela tanpa ganjaran.

    Masjid kali ke-3 didirikan pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh  Y.A.B Menteri Besar Terengganu ( Hj. Wan Muktar bin Ahmad ) 16.9.1980M bersamaan 7 Zulkaedah 1400H. Masjid tersebut diluluskan peruntukannya daripada pegawai Daerah Dungun ( Engku Husin). Masjid ini terletak di atas tanah kerajaan seluas 0.5 ekar.  Masjid ini juga dapat menampung seramai kira-kira 120 orang jemaah.  Kos pembinaan sebanyak RM60,000.00 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri.
Jenis bangunan adalah separuh kekal. Masjid yang ada sekarang adalah masjid kali ke-3 didirikan.

 

 

 

2.MASJID KAMPONG PASIR RAJA

      Masjid Kampung Pasir Raja ini dibina pada tahun 1971 di atas tanah yang berkeluasan ½ ekar. Kos pembinaan masjid ini berjumlah RM50,000 dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Masjid ini boleh menampung jemaah lebih kurang 100 orang pada satu masa.

     Masjid ini telah dirasmi oleh YB. Dato’ Nik Hassan bin Abd. Rahman. Pada tahun 1982 perletakan jawatan imam Tuan Hj. Ramli Bin Yunus dan diambil alih oleh seorang bilal iaitu Tuan Hj. Ali Bin Zainal Abidin sehingga kini, dan berlaku kekosongan bilal ketika itu dan di ambil alih pula oleh En. Bustaman Bin Abdullah sehingga hari ini.

 

 

 

3.

4.MASJID KAMPUNG SYUKUR

      Masjid Kampung Shukor mula didirikan pada tahun 1982 di atas tanah seluas 0.25 ekar.  Masjid ini dapat menampung kira-kia seng ara 200 orang jemaah.  
Kos pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM100,000.00 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM80,000.00 dan juga sumbangan orang ramai sebanyak RM20,000.00.
Masjid ini dirasmikan oleh YAB. Dato’ Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Ahmad.