MENU

1.MASJID FELDA KERTEH 1

     Selaras dengan pembangunan Gugusan Rasau Kerteh oleh FELDA, kemudahan beribadat kepada para peneroka hendaklah disediakan. Oleh itu Masjid Felda Kerteh 1 dibina. 
Pada awalnya peneroka ditempatkan pada 16 September 1978. Pada tahun 1979 baru lah masjid didirikan bagi memudahkan masyarakat setempat untuk beribadat. Bangunan kayu didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk setempat pada ketika itu.

     Kemudian, pada tahun 1980, masjid baru mula dibina di tanah yang diwartakan oleh FELDA dan ianya siap pada tahun 1981. Perasmian masjid telah dilakukan oleh menteri besar Terengganu pada ketika itu iaitu Dato’ Amar Di Raja YB. Tn. Hj. Wan Mokhtar bin Ahmad pada tahun 1982. Masjid ini boleh menampung 1000 orang jemaah pada satu masa.

 

 

 

2.MASJID FELDA KERTEH 2 

     Masjid Felda Kerteh 2  ini dibina pada tahun 1983 di atas tanah yang berkeluasan 1000 mp.   Masjid ini juga dapat menampung seramai 1,000 orang jemaah.

     Kos pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM300,000.00.Mendapat sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM280,000.00 dan Kerajaan Negeri sebanyak RM10,000.00 serta sumbangan daripada orang ramai RM10,000.00.

 

 

 

3.MASJID FELDA KERTEH 3

     Masjid Felda Kerteh 3 mula di bina pada bulan Oktober 2008. Melalui perbincangan bersama Pengurus Felda, Timbalan Pengerusi JKR, Jurutera JKR Daerah, Pegawai Agama Daerah Dungun dan Pegawai Daerah Dungun bersetuju untuk membina masjid ini di sebelah bangunan Sekolah Agama Rakyat. Ianya dibina di atas sebuah tanah di tengah perkampungan Felda Kerteh 3 berkeluasan 5.26 ekar.

     Dibina dengan sebuah bangunan kekal, masjid ini kemudiannya diberi nama Masjid Al Azim Felda Kerteh 3. Peruntukan pembinaan sepenuhnya dibiayai oleh kerajaan dan tanah telah diwartakan oleh pihak FELDA. Masjid ini dapat memuatkan lebih kurang 1000 orang jemaah pada satu masa.

     Pada 11 Mei 2011 Masjid Al Azim mula menunaikan solat lima waktu dan pada 29 Julai 2011, Pesuruhjaya Agama Negeri telah memberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat secara rasminya. Persempadanan berjumaat bagi masjid ini pada sebelah utaranya adalah Zon 5 Felda Kerteh 03. Pada sebelah selatannya ialah ladang kelapa sawit. Pada sebelah timurnya ialah Bukit Gua Condong. Pada sebelah baratnya adalah Jalan Utama Felda Kerteh 2/3.

 

 

4.MASJID FELDA KERTEH 4

     Masjid ini didirikan di atas tanah seluas 2 ekar dengan kapasiti muatan seramai 700 orang jemaah.

     Masjid ini mula dibina pada tahun 1999 dengan kos pembinaan sebanyak RM980,000.00 yang disumbangkan oleh KETENGAH.