MENU

pulau tenggol

Penyelaman skuba (scuba diving ) dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di sini. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang boleh di lihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, rumpai laut (seaweed), batfish, penyu, Napoleon Wrass, clownfish dan jerung paus.
Aktiviti ini mesti dirancang. Anda boleh membuat tempahan dengan boatman atau pengusaha perkhidmatan bot terlebih dahulu, bot laju untuk tujuan  “day-trip diving”.

Sebaik-baiknya tibalah di jeti Kuala Dungun pada awal pagi. Selepas menikmati sarapan di frestoran berdekatan jeti, anda boleh bertolak ke sana. Tempat-tempat selaman yang  dilawati ialah Teluk Air Tawar, Rajawali, Tokong Batu, Tokong Timur Dan Tanjung Gemuk.

Peralatan untuk aktiviti scuba diving boleh disewa atau bawa sendiri. Kadar sewaan untuk bot laju pula ialah lebih kurang RM 600- RM 650 sehari. Bot boleh memuatkan seramai 6 orang. Sewa ini termasuk bot, petrol, pemandu pelancong dan  makan tengahari.

 

Tips

Berhati-hati dengan arus deras di Tenggol sekiranya anda menyelam di sini. Kebanyakan sesi menyelam dirancang di waktu perantaraan air pasang-surut, apabila laut lebih tenang. Namun demikian, arus laut mungkin kuat - sesuai untuk selaman hanyut. Waktu yang sesuai ke sana ialah April hingga Oktober setiap tahun.

Pengangkutan

    • Jalan Darat
      Naiki bas atau teksi ke pekan Dungun. Dari Kuantan, naiki bas di Terminal Jalan Besar. Jika anda datang dari Kuala Terengganu, naiki bas di Stesen Bas Pusat Syed Hussin.

 

  • Jalan Laut
    Dari jeti Dungun, menaiki bot untuk pergi ke Pulau Tenggol.

Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan

Pulau ini mempunyai resort yang selesa, tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.