MENU

Homestay Kg Raja

Dataran ini terletak di Daerah Dungun yang berhampiran dengan Majlis Perbandaran Dungun. Oleh yang demikian juga ia adalah satu kawasn yang strategik dan boleh menarik ramai pengunjung untuk berkunjung di dataran itu jika terdapat suatu majlis ataupun aktiviti yang diadakan.

Dataran ini juga pernah digunakan oleh Allahyarham Tun Abdul Rahman Hussin untuk merasmikan Pesta Pembangunan Negeri pada 1974. Dataran ini juga adalah suatu tampat aktiviti kemasyarakatan Dungun semenjak 70-an.Kemudahan-kemudahan yang disediakan:-

  • Padang
  • Lanskap
  • Laluan berjalan kaki
  • Lampu jalan
  • Tandas

 

Kampung Raja ialah suatu perkampungan yang masih kekal dan sangat menarik. Ia di ketengahkan sebagai sebuah perkampungan yang bertemakan perkampungan budaya. Kampung ini juga adalah satu simbol kemasyarakatan dan komuniti bersatupadu yang boleh di eksplotasikan kepada masyarakat umum. Dengan itu, Kampung Pasir Raja ini dikomersialkan sebagai Homestay.

Selain itu juga,ia boleh memberI peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan boleh mengkomersialkan jualan hasil penduduk iaitu industri kecil dan sederhana (iks). Penyediaan tempat tinggal kepada pelancong-pelancong yang ingin bermalam atau menginap di Kampung Pasir Raja adalah mengikut pakej yang disediakan
Elemen-elemen yang dicadangkan:-

  • Pusat penerangan pelancongan dan kebudayaan
  • Pusat komuniti penduduk
  • Pusat membuat kraftangan
  • Pusat jualan hasil penduduk
  • Kemudahan asas pelancongan