MENU

Bukit Besi 1

Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu.Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring  dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.

 

Mengikut cerita, lombong Bukit Besi ditutup kerana bijih besi dikatakan habis dikaut tentera Jepun. Jika ke sini, anda berpeluang melihat bekas tinggalan alatan dan kelengkapan melombong bijih besi seperti jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun bagi membolehkan bijih besi diangkut dan dieksport.