MENU

Tasik Puteri 2

Di tebing sebelah barat tasik ini terdampar indah menghijau sebuah kawasan padang golf iaitu Tasik Puteri Golf Club. Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertanggungjawab memajukan tasikk ini untuk tujuan pelancongan yang terkenal.

 

Tasik Puteri Bukit Besi terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuala Terengganu dan 200 kilometer dari Kuantan menggunakan jalan Jerangau-Jabor. Pelancong boleh memandu sendiri ke Tasik Puteri melalui Jalan Jerangau Jabor.

 

Dari Kuala Terengganu menggunakan Jalan Jerangau Jabor – Kuantan sebelum masuk ke persimpangan kanan ke Bandar Bukit Besi. Tasik ini terletak di pinggir lebuh raya Jerangau Jabor – Kuantan. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat rekreasi ini.