Info Dungun

Kenali Dungun

 

     Nama DUNGUN berasal daripada pokok Dungun  yang banyak terdapat di daerah ini pada satu ketika dahulu. Bersempena dengan nama ini, Dungun yang telah berkembang dengan mendapat status Majlis Perbandaran Dungun pada 20 Ogos 2008.

Kenali Pokok Dungun

Berikut beberapa fakta yang ditemui di internet dan kami paparkan di sini untuk pengetahuan pembaca.

pokok

Pokok Dungun adalah sejenis tumbuhan  yang terdapat di hutan Malaysia. Nama saintifiknya Heritiera littoralis Dryand.

MAKLUMAT TERPERINCI

Spesies : Heritiera littoralis Dryand.

Nama Inggris : Looking-glass tree (En).

Nama Malaysia : Dungon

Nama Lokal : Dungun, dumum, kedungum, rungun.

Deskripsi : Pohon malar hijau sedang, dengan banir tipis. Daun tunggal, permukaan bawah bersisik keperakan. Perbungaan malai. Buah membujur, tidak sekata dan berkilap. Kayunya berbau seperti kulit.

pokok 1 pokok 2 pokok 3

Distribusi/Penyebaran : Afrika Timur, Asia Selatan dari India ke Cina Selatan dan sampai ke tropika Australia, Hawaii dan Kaledonia Baru hingga seluruh Malaysia termasuk Indonesia.

Habitat : Heritiera littoralis tumbuh di zona pedalaman rawa hutan bakau, dan umum di banyak tempat.

Pembiakan : Perbanyakan secara alami dilakukan melalui biji

Manfaat tumbuhan : Kayunya sangat elok untuk dijadikan bahan bakar (kayu api), memiliki nilai energi tinggi. Selain itu, juga sesuai untuk produk kertas pembungkus, tulis dan cetak. Kulit kayunya mengandung tannin dan digunakan untuk penguat jaring ikan. Ekstrak bijinya dipakai untuk ubat cirit-birit dan radang usus. Bijinya kadang-kadang dapat dimakan. Di Filipina akarnya digunakan untuk racun ikan

Sinonim : Heritiera minor (Gaertner) Lamk (1797).

Kategori : Tumbuhan pantai

Sumber Maklumat : (1): Timber trees; Major commercial timbers p.236-237 (author(s): Soerianegara, I. and Lemmens, R.H.M.J.)             

Hairaki Keluarga Spesis Ini
Kingdom: Plantae (Tumbuhan) 
Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh) 
Super Divisi: Spermatophyta (Menghasilkan biji) 
Divisi: Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga) 
Kelas: Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil) 
Sub Kelas: Dilleniidae 
Ordo: Malvales 
Famili: Sterculiaceae 
Genus: Heritiera 
Spesies: Heritiera littoralis Dryand.

Gambar – Gambar Pokok Dungun

pokok 4pokok 5pokok 6

 

 Dungun yang berkembang pesat sebagai salah satu daerah di Terengganu mendapat manfaat daripada pembangunan terancang yang dialakukan kerajaan negeri dengan bantuan kerajaan pusat. Kedudukannya yang strategic di pinggir laut cina selatan dicurahkan dengan hasil petroleum di di Paka dan daerah berhampiran iaitu Kerteh, Kemaman.  Dungun juga boleh dinobatkan sebagai daerah yang mempunyai institusi pendidikan yang lengkap bermula dengan peringkat rendah, sekolah Menengah pelbagai aliran seperti sekolah-sekolah elit, Sekolah menengah Imtiyaz, Sekolah Menengangah Sains Dungun dan Sekolah Teknik Dungun sehinggalah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM dan Politeknik Sultan Mizan.

poli

       Polisi pemimpin setempat yang terarah kepada merakyatkan pentadbiran dan pembangunan menjanjikan satu perubahan baru yang mampu meralisasikan harapan masyarakat Dungun yang inginkan keharmian setempat seiring dengan pembangunan fizikal dan kerohanian.Dungun yang pernah menjadi jajahan takluk kepada kerajaan Majapahit, mempunyai pelbagai keunikan yang tersendiri. Terdapat kawasan yang menjadi tarikan pelancongan seperti Pulau Tenggol, Teluk Gadong, Hutan Rekreasi Bukit Bauk dan banyak lagi. Setiap potensi yang ada di daerah ini telah dikenalpasti bagi meneruskan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat.

Image
Image

Sejarah Dungun

 

         Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi. Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an. Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi. Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.

map

 Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970.

Daerah Dungun yang berkeluasan 273,487 hektar merupakan daerah ke-2 terbesar di Negeri Terengganu, mengandungi 11 mukim iaitu;      

Image
1. Mukim Sura                                                              
2 .Mukim Kuala Dungun
3. Mukim Kuala Abang
4. Mukim Kumpal
5. Mukim Kuala Paka
6. Mukim Rasau
7. Mukim Hulu Paka
8. Mukim Besol
9. Mukim Jerangau
10. Mukim Jengal
11. Mukim Pasir Raja
 
Image
  • Kemaskini Pada : Rabu 13 Mac 2024, 00:44:35.

pelawat sejak 2016

01146417

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN