MENU

Kemudahan tempat beribadat bagi semua agama adalah mencukupi di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Dungun. Oleh yang demikian para penduduk tempatan tidak mempunyai masalah untuk beribadat dan menjalankan kegiatan-kegiatan keagamaan . Jumlah tempat beribadat bagi penganut Agama Islam ialah sebanyak 236 buah (masjid dan surau) manakala tempat beribadat bagi penganut agama lain adalah sebanyak 3 buah.

Lokasi kemudahan keagamaan ini juga agak strategik kerana terletak di kawasan yang mempunyai penduduk tampungan yang tinggi. Hampir setiap mukim dan kampung yang terdapat di dalam pentadbiran Majlis Daerah Dungun mempunyai masjid dan surau, di antara masjid–masjid utama yang terdapat ialah Masjid Tengku Intan Zaharah di Bandar Dungun.

Masjid Tokong Buddha
Masjid
Tokong Buddha