MENU

Pokok Cengal 1

Pokok cengal ini spesis Neobalanocarpus heimii. Berukuran 1675 cm lilitan dan 65 meter tinggi. Pokok ini dijumpai di Kompartment 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun Terengganu.

Pokok cengal terbesar dan berusia kira-kira 1300 tahun ini ditemui di Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.

 

Pokok tersebut berdiri setinggi 65 meter dan ukur ilitnya 16.75 meter atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang.Isipadu pokok chengal ini dianggarkan 220 m3 dengan keberatan 120 tan metrik.

Pokok Cengal 2

Usia pokok tertua ini dianggarkan 1300 tahun iaitu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4 sm setahun,

 

Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartment 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan di dokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

 

Pokok cengal kedua terbesar pula terletak dalam kompartmen 4, Hutan Simpan Pasir Raja dan dianggarkan ketinggian 45 meter denagn ukuran lilitan 10.75 meter. Cengal atau nama saintifiknya ‘Neobalanocarpus-heimii’ adalah kayu keras popular di negara ini.