Masjid di Mukim Kuala Abang

Image

Masjid Kampung Kuala Abang

Masjid Kampung Kuala Abang terletak kira-kira 10 kilometer daripada Bandar Dungun. Masjid mula dibina pada tahun 1964 dengan kos sebanyak RM100,000.00 hasil sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu dan sumbangan orang ramai iaitu sebanyak RM20,000.00.

Tanah masjid ini adalah diwakafkan oleh Haji Sulong seluas 1.5 ekar. Masjid ini telah beberapa kali mengalami pengubahsuaian.

Masjid ini dapat menampung seramai kira-kira 500 orang jemaah. Kampung terlibat ialah Kampung Kuala Abang, Kampung Kertas Pulas dan Kampung Tanjung Jara. Pada tahun 1964 masjid ini telah Dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Dato’ Haji Ibrahim Fikri.

Image

Masjid Kampung Rantau Abang

Masjid Kampung Rantau Abang merupakan salah satu daripada 491 buah masjid yang berada di Negeri Terengganu pada masa kini. Lokasinya terletak berhampiran laluan utama Dungun-Kuala Terengganu telah menjadikan sebagi tempat persinggahan yang strategik kepada musafir untuk mengerjakan solat.

Masjid ini dibina pada tahun 1968.Ia dibina diatas tanah rizab kerajaan yang mana binaannya terdiri daripada kayu dan batang nibung.Pada tahun 1970-an Allahyarham Abdullah bin Jusoh telah mewakafkan sebahagian tanah beliau untuk didirikan bangunan baru bagi masjid ini secara bergotong-royong oleh berikutan pertambahan penduduk dan lokasi masjid yang terlalu hampir dengan jalan raya ,kerajaan negeri telah bersetuju untuk membina sebuah masjid baru dengan peruntukan sebanyak RM 3.2 juta.

Kerja pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 2007 dan mula diguna pakai berjemaah pada 28 Ogos 2007.Binaan ini dapat menampung seramai 1000 ahli jemaah. Dengan terbinanya masjid yang indah ini, diharapkan dapat memberi keselesaan kepada pengunjung serta sebagai suatu galakan yang mampu menarik jemaah dalam membentuk sahsiah dan budaya hidup islam. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Terengganu.

Image

Masjid Kampung Baru Kuala Abang

Masjid Kampung Baru Kuala Abang dibina pada tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada tahun 2008. Ia dibina diatas Lot 991 dan Lot 992 seluas tiga (3) ekar, mukim Abang, daerah Dungun, Terengganu. Ia dapat memuatkan jemaah seramai 1500 orang. Selain daripada kelengkapan asas seperti PA sistem, ia juga dilengkapi dengan kemudahan multimedia iaitu dua skrin besar dibahagian hadapan dalam bangunan masjid selain mempunyai kawasan halaman yang luas untuk tempat letak kenderaan dan mendirikan bangunan lain yang bersesuaian.

Bangunan Masjid Kampung Baru Kuala Abang telah mendapat kebenaran dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu untuk mendirikan sembahyang Jumaat pada 05 Disember 2008 bersamaan 07 Zulhijjah 1429H.

Permulaan solat fardhu ialah solat fardhu Asar pada hari Jumaat 05 Disember 2008 besamaan 07 Zulhijjah 1429H melalui surat perisytiharan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). 08 – 003 / 27 Bhg. 5 (75) bertarikh 30 November 2008. Masjid Kampung Baru Kuala Abang mempunyai pegawai masjid seramai empat (4) orang iaitu seorang (1) Imam dan tiga (3) orang Bilal.

  • Site Last Modified : Wednesday 24 April 2024.

visitors since 2016

01151814

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN