Masjid di Mukim Kumpal

Image

Masjid Kampong Burong Baru

Masjid Kampung Burung Baru pada asalnya adalah sebuah surau yang dibina berhampiran Sungai Dungun kerana pada waktu itu kebanyakan penduduk kampung tinggal berhampiran sungai. Mula dinaik taraf sebagai masjid pada awal tahun 1980 dan dipindahkan ke tapak sedia ada sekarang pada 1986 Masjid yang berharga RM30,000.00 ini mula dibina pada tahun 1986 dengan mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan juga sumbangan orang ramai.

Masjid ini dapat menampung jemaah seramai 300 orang. Terdiri di atas tanah yang berkeluasan 30’ x 50’ kaki. Persempadanan berjumaat bagi masjid ini ialah, pada sebelah utaranya, Kg. Pasir Lawang. Pada sebelah selatannya Kg. Durian Mentangau. Pada sebelah timurnya Kg. Bukit Merah dan pada sebelah baratnya pula Kg. Delong.

Image

Masjid Kampong Delong

Masjid Kampong Delong dibina pada tahun 1953. Masjid ini dibina diatas sebuah tanah wakaf persendirian bernombor Lot 280, GM 00000126. Ianya dibina secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Delong pada ketika itu. Semua peralatan seperti kayu, bata dan lain-lain lagi dibeli dari wang yang disumbangkan oleh penduduk kampung.

Pada tahun 1985, penduduk kampung telah mengubah suai masjid ini. Pengubahsuaian berlaku dimana lantai masjid yang sebelumnya ini dibina dari kayu diganti dengan lantai batu. Kerja-kerja membaik pulih juga dilakukan pada bahagian atap, dinding masjid dan lain-lain bagi menambahkan lagi keselesaan para jemaah. Pada tahun kemudiannya, pihak kerajaan telah memberi sumbangan dengan menambah baik bahagian atap masjid yang lama dan kurang sempurna itu.

Pihak kerajaan juga memasang kemasan pada bahagian tangga dan tempat wuduk pada masa itu bagi mencantikkan lagi masjid ini. Selain itu pihak kerajaan juga telah membina pagar baru dan juga menyediakan kemudahan seperti tandas. Masjid ini dapat menampung 200 orang jemaah pada satu masa.

Image

Masjid Kampung Keliyu/Serdang

Pada asalnya masjid ini terletak di Kampung Keliyu. Oleh kerana sebahagian penduduk berpindah ke Kampung Serdang, bangunan masjid baru didirikan di Kampung Serdang di atas tanah Kerajaan pada tahun 2005. Jenis banguna adalah kekal dengan keluasan tanah 4 ekar di Mukim Kumpal. Masjid ini dibina pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2009.

Pada peringkat awal pembinaannya dibuat dibawah pemerintahan PAS tetapi ianya hanya siap 30% sahaja dan terbiar terbengkalai beberapa tahun sehinggalah Kerajaan BN semula Kuala Terengganu dan barulah masjid ini dibina semula dengan kos yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan sebanyak RM 2.5jutadan siap sepenuhnya pada tahun 2009 yang dapat menampung kira-kira 500 orang jemaah.

Masjid ini mula digunakan pada 9 Zulhijjah 1430H bersamaan 27 November 2009.Untuk acara pembukaan, jawatankuasa masjid menjemput Pegawai Agama daerah Dungun bersama-sama Pegawai Penyelaras Masjid ( Ustaz Haji Mohd Zaki bin salleh) dan pada hari itu beliau mengimarahkan masjid. Dan bermula hari itu dengan rasminya Masjid Serdang boleh digunakan oleh penduduk kampung untuk solat berjemaah.masjid ini bersempadanan berjumaat di sebelah utara Kg Binjai dan Selatan Kg Delong.

Image

Masjid Ladang Pinang Estet

Masjid Ladang Pinang Estate yang beralamat di Ladang Pinang Emas, 23200 Bukit Besi, Dungun, Terengganu mula dibina pada tahun 1971 dengan binaan sepenuhnya kayu berukuran 30’ x 40’. Allahyarham Haji Khalid bin Mat Daud mula-mula di lantik menjadi Imam dan Allahyarham Hasim bin Abdullah dilantik sebagai bilal.

Kedudukan Masjid Ladang Pinang Estate adalah di dalam kawasan ladang dibawah Kumpulan Ladang-ladang Terengganu pada masa itu. Ianya terletak lebih kurang 3 kilometer dari jalan utama

  • Site Last Modified : Thursday 18 April 2024.

visitors since 2016

01150872

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN