Latar Belakang

Image

MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.

Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.

Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.

Lokasi Daerah Dungun yang terletak di laluan antara Pantai Barat dan Pantai Timur memberikan impak kepada kepesatan pembangunan ekonomi di kawasan ini terutamanya dalam sektor perindustrian yang berasaskan petroleum dan gas yang berhampiran dengan Kerteh, Kemaman.

Sebahagian besar kawasannya bertanah rendah dan gunatanah memperlihatkan bahawa lebih 50% kawasan telah dibangunkan untuk pelbagai kegunaan. Kira-kira 21.1% kegunaan tanah telah dibangunkan untuk kediaman, dan diikuti pertanian 11.7 %. Kawasan hutan belukar dan berpaya masing-masing 20.1% dan 21.1%.

Kepesatan pembangunan aktiviti petroleum dan gas di kawasan Kerteh, Kemaman yang bersempadan dengan kawasan Paka, Dungun telah memberikan impak pembangunan kepada Daerah Dungun secara langsung dan meningkatkan pembangunan berbentuk ekonomi dan fizikal di kawasan Dungun. Senario ini menyokong kepada kenaikan taraf Majlis Daerah Dungun kepada Majlis Perbandaran.

Bandar Kuala Dungun merupakan pusat pentadbiran dan bandar utama. Selain dari itu terdapat sebuah lagi bandar iaitu Pekan Paka.

PEMASYHURAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

Mesyuarat MMKN bertarikh 15 Ogos 2007 telah bersetuju menaiktaraf MAJLIS DAERAH DUNGUN kepada MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN mulai 1 Januari 2008.

Upacara pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun telah diadakan pada 20.08.2008 (Rabu) bersamaan 18 Syaaban 1429H di Dataran Dewan Merdeka, Dungun. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja DK., SSMT., Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu. Kira-kira 25,000 pengunjung membanjiri Dataran Dewan Merdeka untuk menyaksikan upacara pemasyhuran MPD.

Berikutan itu, daerah Dungun majlis daerah yang ketiga yang dinaik taraf sebagai perbandaran. Hadir sama bagi menyaksikan malam yang bersejarah itu adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

SENARAI NAMA YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH DUNGUN
BilanganNamaTempoh Berkhidmat
1 Dato' Hj. Mohd Adib bin Omar 1.1.1981 - 31.12.1981
2 YB. Tuan Hj. Muda bin Abdullah 1.1.1982 - 31.12.1986
3 YB. Tuan Hj. Harun bin Ali 1.1.1987 - 31.5.1995
4 YB. Tuan Hj. Shafie bin Daud 1.6.1995 - 31.12.1997
5 En. Abdul Razak bin Ismail 1.1.1998 - 31.7.1999
6 Engku Mohamed bin Engku A.Rahman 1.8.1999 - 31.5.2000
7 Tuan Hj. Mat Razali bin Kassim 15.8.2000 - 14.12.2002
8 En. Mohd Rozali bin Salleh 15.12.2002 - 15.12.2004
9 Tn. Hj. Md. Kamaru Al-Amin b. Ismail 16.12.2004 - 1.12.2005
10 Encik Ibrahim bin Mohamad 1.12.2005 - 31.12.2006
11 Encik Zainal Abidin bin Hussin 2.1.2007 – 31.12.2010
12 Encik Harun bin Mohamad 1.1.2011 – SEKARANG
KAWASAN OPERASI MPD
Image
  • Kemaskini Pada : Rabu 13 Mac 2024, 00:44:35.

pelawat sejak 2016

01146406

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN