Piagam Pelanggan

Image
PIAGAM PELANGGAN
  • Setiap aduan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja (bagi aduan yang tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan).

  • Memproses  permohonan Kebenaran Merancang mengikut tempoh piagam yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan iaitu 57 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC).

  • Memproses  permohonan Pelan Bangunan mengikut tempoh piagam yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan iaitu 37 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC).

  • Memproses  permohonan Pelan Kejuruteraan mengikut tempoh piagam yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan iaitu 57 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC).

  • Memastikan nilaian tahunan bagi Penilaian Cukai Taksiran dibuat pada kadar yang munasabah dalam tempoh dua (2) bulan setelah Perakuan Siap danPematuhan (Borang F) atau Sijil Layak Menduduki diterima.Bantahan ke atas Nilaian Tahunan tersebut akan diproses dan diputuskan dalam tempoh dua bulan daripada tarikh bantahan diterima.

  • Memastikan bil-bil cukai taksiran penggal pertama (Januari - Jun) akan dikeluarkan sebelum bulan Februari dan bil-bil cukai taksiran penggal kedua (Julai – Disember) dikeluarkan sebelum bulan Ogos bagi setiap tahun.

  • Pembayaran bagi tuntutan kerja dan bekalan akan dibayar selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima sebagaimana Arahan Perbendaharaan 103 (a).

  • Memastikan pungutan sisa pepejal (sampah) dilaksanakan setiap hari bagi kawasan awam dan kawasan perniagaan dan 3 kali seminggu bagi kawasan perumahan.

  • Memastikan permohonan kelulusan lesen baru diproses dalam tempoh 1 bulan dan permohonan pembaharuan lesen diproses dalam tempoh 1 hari  (dengan syarat semua kehendak dan peraturan pelesenan dipatuhi oleh pemohon).

  • Memastikan keceriaan dan keindahan bandar sentiasa dalam keadaan baik dan diselenggara sekali dalam tempoh 1 bulan.

  • Operasi haiwan merayau bagi mengurangkan ternakan berkeliaran dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran Dungun akan dijalankan sebanyak 1 kali dalam seminggu.

  • Merangka dan melaksanakan Program Local Agenda 21 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekali dalam tempoh setahun.

BILJABATAN/BAHAGIAN/UNITFUNGSI  
1 PEJABAT YANG DIPERTUA
- Unit Undang-Undang
  • Memberi khidmat nasihat atau  pandangan  perundangan
  • Pendakwaan
- Unit Korporat  dan Perhubungan Awam
  • Mengurus aduan
  • Membuat penilaian kepuasan pelanggan
  • Mengurus penyewaan dewan, padang dan gelanggang futsal Terminal Sejahtera
- Unit Pusat Sehenti
  • Menerima dan menyemak permohonan yang diterima dan merujuk kepada senarai semak permohonan 
  • Memproses Cadangan Pemajuan
- Unit Audit Dalam
  • Memastikan semua jabatan beroperasi mengikut dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa
2 JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
 -Bahagian Sumber Manusia
  • Mengurus latihan untuk kakitangan
  • Mengambil Tindakan Tatatertib
  • Menyediakan Laporan Penilaian Prestasi
  • Menyediakan penyata perubahan pendapatan (Kew 8) dan elaun-elaun
  • Mengurus pelantikan kakitangan
  • Mengurus Pengesahan Kakitangan Dalam Jawatan dan pemberian taraf pekerja berpencen
- Bahagian Pentadbiran dan Keurusetiaan
  • Menjadi Urusetia Mesyuarat Majlis, Mesyuarat Jawatankuasa dan lain-lain
  • Mengurus inventori
  • Mengurus dan menyelenggara pembelian alat tulis, Pakaian Seragam dan lain-lain
  • Menerima surat-surat jabatan
- Bahagian Teknologi Maklumat
  • Merancang dan membangunkan sistem komputer
  • Menyelia dan menyelenggara sistem komputer yang digunakan oleh setiap jabatan
3 JABATAN PERBENDAHARAAN
- Bahagian Perakaunan dan Hasil
  • Menerima bayaran hasil
- Bahagian Belanjawan
  • Memproses bayaran
  • Menyediakan bajet dan penyata tahunan
- Bahagian Tempat Letak Kereta
  • Mengurus dan membuat kutipan sewa tempat letak kereta
  • Menyediakan tempat letak kereta yang teratur
4 JABATAN KEJURUTERAAN
  • Merancang projek-projek pembangunan
  • Mengurus penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam
  • Mengawal selia kerja pembangunan oleh kontraktor yang dilantik oleh Majlis
  • Mengurus/menyediakan pelan-pelan cadangan bagi projek yang berkaitan
5 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN LANDSKAP
- Bahagian Perancangan Bandar
  • Mengurus permohonan kebenaran merancang
- Bahagian Landskap dan Taman Rekreasi
  • Menyedia dan menyelenggara kawasan rekreasi dan Taman Awam
6 JABATAN KESIHATAN AWAM DAN PELESENAN
- Bahagian Kesihatan dan Kebersihan
  • Mengurus pungutan sisa pepejal (Sampah)
- Bahagian Pelesenan
  • Memproses permohonan lesen permit sementara perniagaan
7 JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
- Bahagian Penilaian
  • Menyediakan nilaian tahunan bagi penilaian cukai taksiran
  • Mengurus Pindah Milik Bangunan
- Bahagian Pengurusan Harta
  • Mengurus sewaan premis perniagaan dan sewaan tanah milik MPD
8 JABATAN PENGUATKUASAAN
  • Operasi haiwan merayau
  • Memantau peniaga dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang diterima pakai
9 JABATAN KAWALAN BANGUNAN
  • Memproses permohonan pelan bangunan
  • Memproses permit sementara
  • Membuat pemeriksaan pembinaan bangunan
10 JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
  • Merangka dan melaksanakan Program Local Agenda 21
  • Melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar
  • Mengurus penyewaan/penggunaan Terminal Sejahtera dan Arena Merdeka
Pelanggan Organisasi

MPD telah mengenalpasti pelanggan-pelanggan dalam pelaksanaan sistem  pengurusan kualitinya antaranya :

 a) 'Stakeholders'

  1. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun
  2. Ahli-ahli Majlis Perbandaran Dungun
  3. Kerajaan Negeri Terengganu
  4. Kerajaan Persekutuan
  • Kemaskini Pada : Rabu 13 Mac 2024, 00:44:35.

pelawat sejak 2016

01146364

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN