MENU

Tandas Bersih, Komuniti Sejahtera merupakan tema Kempen Tandas Bersih bagi tahun 2021 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Dungun dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Jabatan Kerajaan Tempatan).

Tandas Awam Taman Poket Dungun telah menjadi pilihan untuk perlaksanaan Kempen Tandas Bersih pada tahun ini.

Kempen tersebut diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas terutamanya di fasiliti tandas awam bagi mewujudkan tandas awam yang bersih dan selamat untuk keselesaan pengguna dan seterusnya dapat membudayakan amalan penjagaan dan penggunaan tandas yang betul dalam kalangan masyarakat.

Bersama kita menjaga kebersihan dan kelestarian tandas awam demi keselesaan bersama.