MENU
Daerah Dungun tidak ketinggalan menyertai

2020 yang diadakan serentak di seluruh negeri Terengganu dan juga negara-negara lain pada hari ini.

Program yang melibatkan 100 orang kakitangan Majlis Perbandaran Dungun termasuk kontraktor pembersihan awam Zon B turut mendapat kerjasama daripada Lang Tengah Turtle Watch dan jugak pengurusan Tanjong Jara Resort.
Program bermula jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi ini diadakan di sepanjang Pantai Teluk Bidara. Hasil daripada program ini, sebanyak 541.13 kilogram sampah telah dikutip termasuk lebih 500 puntung rokok.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun; Tuan Haji Lizan bin Che Mat berkata beliau menyambut baik penganjuran program gotong-royong yang turut melibatkan kerjasama di antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Gotong-royong bukan sahaja program membersihkan kawasan, tetapi juga merupakan salah satu platform membuktikan bahawa setiap lapisan masyarakat tidak mengira kaum turut cakna dengan kebersihan alam sekitar, katanya ketika merasmikan World Cleanup Day 2020 Daerah Dungun.
Program World Cleanup Day diadakan pada minggu ketiga bulan September di seluruh dunia bagi memberi kesedaran sivik kepada orang ramai untuk turut serta memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar.
https://www.facebook.com/202930689740054/posts/3684091394957282/?extid=A2dwY9pyH2Qdonbu&d=n