MENU

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol terletak di laut Terengganu berdekatan Dungun. Pulau Tenggol masih terpulihara dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Ia adalah sebuah pulau di pesisir pantai Terengganu yang cukup istimewa untuk dikunjungi. Jika diperhatikan Pulau Tenggol ini mempunyai satu kawasan sahaja yang berpantai iaitu bahagian yang menghadap tanah besar. Selain dari itu hanya tebing batu.

Ia terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyalam scuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat.Seperti juga Pulau Redang, Pulau Tenggol ialah sebuah taman merin (merin park) yang diwartakan.

pulau tenggol

Pualu Tenggol merupakan destinasi menyelam yang mempesonakan dan terletak haya 45 minit (menggunakan bot laju) dari persisiran pantai Kuala Dungun, tetapi hamper kalu 2 jam kalau bot biasa yang digunakan nelayan.

Pulau ini kecil – hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimanapun ini tidak menghalamgnya dari dianggap  sebagai “syurga”  lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam scuba.

Pendalaman pulau ini dipenuhi  tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini menggunjur dari pedalaman pula uterus ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut seperti dinding kanvas bagi hidupan laut – yang tidak jemu di kunjungi penyelam scuba.