
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
IKLAN JAWATAN KOSONG |
Rujukan Fail : MPD. 01/02/28 JLD.2 (3)
Bertarikh : 15 JUN 2025
Permohonan adalah dipelawa dari kalangan Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman) yang memenuhi syarat serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :
SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDU KENDERAAN)
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEMAHIRAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
GRED JAWATAN : H1
TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK
JADUAL GAJI MINIMUM – MAKSIMUM : RM1,500.00 - RM4,680.00
SYARAT LANTIKAN:-
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,500.00) ; atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,500.00) ; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,561.00) ; atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,622.00);
dan (v) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas seperti di perenggan 1(b))
Syarat Lantikan Bagi Keperluan Khas (Pemanduan/ Pengendalian Kren/Pengendalian Dandang/Tugasan Menyelamat)
- (i) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.
- SYARAT KELAYAKAN
Kelayakan SPM
- Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
- Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
Kelayakan SVM
- Mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan
- Kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
Keutamaan kepada calon yang memiliki Lesen Memandu Kelas E (PSV - Bas)
- PERMOHONAN
i) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web https://kerjampd.empd.gov.my/
- Pemohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
- Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun berturut-turut hendaklah dikemukakan kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN
(U.P. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 JUN 2025
CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web https://kerjampd.empd.gov.my/
ii) Tarikh Tutup Permohonan : 28 JUN 2025
CATATAN
i) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
ii) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun berturut-turut hendaklah dikemukakan kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN
(U.P. BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
iii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Dungun
BERTARIKH : 15 JUN 2025
PAUTAN UNTUK PERMOHONAN JAWATAN KOSONG: https://kerjampd.empd.gov.my/