TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY 2024 - PENGENALAN LOGO PROGRAM

REPRESENTASI LOGO

TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY 2024

Penghasilan logo SMART TERENGGANU 2040 mencerminkan konsep yang dibawa di dalam mencapai People Centric Smart City yang berpandukan isu semasa yang dihadapi oleh rakyat Terengganu.

Logo ini dihasilkan bagi menerapkan perasaan tanggungjawab atau sense of belonging kepada agensi-agensi dan pemegang taruh yang terlibat di dalam usaha membangun dan merancang negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

Penghasilan logo Smart Terengganu 2040 mendokong prinsip atau identiti negeri Terengganu yang kaya dengan budaya masyarakat melayu yang berlandaskan ajaran Islam.

Penerapan konsep bandar pintar di negeri Terengganu akan menggunakan teknologi moden yang meluas dengan mengaplikasikan IoT, 5G, AI dan Revolusi Industri 4.0 di samping memelihara identiti negeri sebagai sebuah negeri yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan prinsip Islam.

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#TSCA_Terengganu

#TSCA2024

#Smartcityday

#PLANMalaysiaTerengganu

#MBKT

#MPD

#MDMLOGO TSCA 1

 

 

           LOGO TSCA 2

 

Pin It
  • Site Last Modified : Sunday 13 October 2024.

visitors since 2016

01188641

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my