TAHNIAH MPD! EMAS DI PENTAS ANTARABANGSA ![]()
![]()
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi!
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) buat julung kalinya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila berjaya meraih Anugerah Emas (Gold Award) dalam International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2025 – Edisi Jubli Emas ke-50 yang berlangsung di Taipei International Convention Centre (TICC), Taiwan.
Kemenangan ini diraih menerusi Projek Inovasi “Water Splash” hasil ciptaan Kumpulan Inovasi MPD, yang membuktikan keupayaan MPD untuk bersaing di peringkat global melalui budaya inovasi, keselamatan, dan kelestarian perkhidmatan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan pembentang diketuai oleh:
Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua MPD
Tengku Suhaimi bin Tengku Abu Bakar, Pengarah Khidmat Pengurusan
Abdul Salam bin Mamat, Ketua Unit Korporat
Mohd Zulfadli bin Arifin, Pembantu Juruteknik
Tahniah juga kepada seluruh warga kerja MPD khususnya pasukan D Gate Fighter atas komitmen, semangat dan usaha luar biasa menjayakan Projek Water Splash – Bersih, Selamat, Efisien dan Mesra Alam.
#WaterSplash #TeamDungun #MPDGoesGlobal #ICQCC2025 #GoldAward #RahmatilahDungun
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1288937663258913&id=100064280755985&rdid=CK9ukcAD9XBF0YEJ

