Aplikasi MYWC KPKT
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan aplikasi mudah alih MyWc (My Water Closet) bagi membantu orang ramai mencari tandas awam berpandukan fungsi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan berdasarkan jarak dari pengguna.
MyWc yang dibangunkan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) turut membantu pengguna mendapatkan maklumat tandas berdasarkan penarafan bintang, tandas berbayar dan tidak berbayar, keperluan orang kurang upaya (OKU) dan bilik tukar lampin bayi yang disediakan di medan selera serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Muat turun aplikasi MYWC di Google Play