GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN PASAR BESAR DUNGUN
1 Julai 2026 (Rabu), Program Gotong-Royong Pembersihan Pasar Besar Dungun telah dilaksanakan dengan penyertaan kakitangan Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kontraktor pembersihan awam MPD serta para peniaga Pasar Besar Dungun.
Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Encik Mohd Adzhar bin Mohd Zahari, turut hadir menyertai gotong-royong ini sebagai tanda sokongan kepada usaha mempertingkatkan tahap kebersihan dan keceriaan Pasar Besar Dungun.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan pasar, pelupusan peralatan dan perkakas yang tidak lagi digunakan, pengumpulan sampah serta pembersihan menyeluruh di sekitar kawasan pasar.
Program ini bertujuan memastikan Pasar Besar Dungun sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan selamat untuk dikunjungi, di samping membantu mengurangkan risiko pembiakan tikus serta makhluk perosak yang boleh menjejaskan tahap kebersihan dan kesihatan awam.
Keseluruhan program telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen yang cemerlang daripada semua agensi, pihak terlibat serta para peniaga. #DungunBandarMampan

