Kunjungan Hormat Majlis Perbandaran Dungun ke Majlis Bandaraya Ipoh
Jumaat, 29 Ogos - Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang disambut mesra oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Ipoh, Tuan Zamakhshari bin Hanipah bersama barisan kepimpinan MBI.
Kunjungan ini amat bermakna dalam usaha memperkukuh hubungan silaturahim serta membina kerjasama strategik antara kedua-dua PBT. Ia juga menjadi ruang untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam aspek pentadbiran bandar.
Potensi kerjasama dalam bidang transformasi digital, pembangunan konsep Smart City, pembangunan ekonomi setempat & pelancongan bandar, serta penglibatan komuniti.
MPD berharap melalui kerjasama erat ini, jaringan kolaborasi dengan MBI dapat diperkukuhkan, membuka peluang pertukaran kepakaran dan lawatan balas, sekali gus menjadikan bandar lebih mampan, berdaya huni dan berdaya saing pada masa hadapan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak MBI atas sambutan yang diberikan.