22 Jun 2026 / SESI LAWATAN AADK
Pada 22 Jun 2026, Encik Wan Mohd Nazarnoor Wan Ramli, Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun, telah mengadakan sesi lawatan ke Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan bertemu dengan YBrs. Tuan Mohd Nasir bin Kasim, Yang Dipertua MPD.
Lawatan ini bertujuan mengeratkan kerjasama antara AADK dan MPD dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah serta memperkukuh program kesedaran di peringkat komuniti.
