Lawatan Bermaklumat Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ke Taman Kucing, Bukit Bauk, Dungun

Lawatan Bermaklumat Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ke Taman Kucing, Bukit Bauk, Dungun

LAWATAN BERMAKLUMAT MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, KE TAMAN KUCING , BUKIT BAUK, DUNGUN
Pada 1 Disember 2021, Majlis Perbandaran Dungun(MPD) telah menerima lawatan bermaklumat daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ke Taman Kucing Bukit Bauk , Dungun. Lawatan tersebut diketuai oleh Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Yang DiPertua MPAJ. Hadir sama ke lawatan tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia Masyarakat dan Landskap, Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina serta Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan. Lawatan tersebut disambut oleh Tuan Yang DiPertua MPD, Mohd Huzairil Nizam bin Ibrahim, Setiausaha MPD, Encik Mohd Nasir bin Kasim serta Ketua Jabatan yang terlibat.
Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memberi pendedahan berkaitan penubuhan serta pengurusan Taman Kucing Di Bukit Bauk khususnya. Dalam lawatan tersebut juga, Tuan YDP MPAJ berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM1,000.00 kepada MPD bagi pengurusan Taman Kucing, Bukit Bauk Dungun. Warga MPD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan YDP MPAJ atas sumbangan tersebut.
Image
Image
  • Site Last Modified : Thursday 18 April 2024.

visitors since 2016

01150718

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN