22 Jun 2026 / SESI LAWATAN KESIHATAN
Pada 22 Jun 2026, satu Sesi Lawatan Kesihatan telah diadakan di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) oleh Dr. Khairul Rafizah binti Hairodin, Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Dungun, Terengganu, ke atas YBrs. Tuan Mohd Nasir bin Kasim, selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun.
Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dan pihak Majlis Perbandaran Dungun dalam aspek kesihatan awam, pencegahan penyakit serta kesejahteraan komuniti setempat. Di samping itu, sesi ini turut menjadi platform perbincangan berkaitan isu-isu kesihatan semasa serta langkah penambahbaikan perkhidmatan kesihatan di peringkat daerah.
Sesi lawatan ini berlangsung dalam suasana mesra dan profesional, serta diharapkan dapat memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan masyarakat daerah Dungun secara keseluruhan.
