Bersempena Majlis Amanat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Terengganu Bersama Pegawai Awam Negeri Terengganu Tahun 2026, pameran reruai telah dianjurkan pada 3 Februari 2026 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Dengan penglibatan 10 pempamer terdiri daripada jabatan, agensi serta kumpulan inovasi (KIK), Majlis Perbandaran Dungun turut mengambil bahagian melalui pembukaan reruai KIK–ICQCC yang diwakili oleh Kumpulan D’Gate Fighter dengan mempamerkan inisiatif inovasi yang telah dimenangi di peringkat Antarabangsa tahun 2025.

