Majlis Lambaian Kasih MPD

Majlis Lambaian Kasih MPD

Warga Majlis Perbandaran Dungun (MPD) meraikan hari terakhir Setiausaha; Encik Fadli Yusof bin Haji Zakaria dan Pengarah Khidmat Pengurusan; Encik Milzam bin Nur Anuar yang akan bertukar ke jabatan lain bermula 3 November 2019. Turut diraikan, pesara-pesara MPD iaitu Mohamed bin Awang dan Zakaria bin Othman yang bersara pada tahun ini.

Encik Fadli Yusof akan bertukar ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebagai Setiausaha manakala Encik Milzam akan bertukar ke Pejabat Daerah Setiu sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah. Mereka berdua adalah antara 49 Pegawai Tadbir Negeri yang terlibat dengan pertukaran bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran negeri.

Bagi pesara, Mohamed bin Awang yang merupakan Pembantu Awam Gred H11 bersara pada 21 Ogos 2019 setelah berkhidmat selama 34 tahun di MPD, manakala Zakaria bin Othman yang merupakan Pemandu Kenderaan Gred H14 telah bersara pada 1 Ogos 2019 setelah 35 tahun mencurahkan bakti kepada MPD.

Majlis perpisahan yang diadakan di Dewan Utama MPD ini dihadiri seramai 300 orang kakitangan MPD yang pastinya merasai kehilangan mereka semua. Semoga mereka yang bertukar dan bersara sentiasa maju jaya dalam kehidupan masing-masing.

Image
Image
  • Site Last Modified : Thursday 18 April 2024.

visitors since 2016

01150872

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN