MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEMPEN MEMBASMI INFESTASI TIKUS TAHUN 2026 DI PASAR BESAR DUNGUN

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEMPEN MEMBASMI INFESTASI TIKUS TAHUN 2026 DI PASAR BESAR DUNGUN : KAMI ANTI TIKUS, PASAR BERSIH PILIHAN KAMI

Khamis, 9 Julai 2026 – Majlis Perasmian Penutupan Kempen Membasmi Infestasi Tikus Tahun 2026 di Pasar Besar Dungun telah disempurnakan dengan jayanya oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Encik Mohd Adzhar bin Mohd Zahari.

"Sikit-sikit Bersih, Lama-lama Berseri", ungkapan yang disampaikan oleh Tuan Setiausaha dalam ucapan perasmian beliau membawa nasihat murni kepada para peniaga Pasar Besar Dungun supaya mengutamakan kebersihan pasar, kebersihan di premis masing-masing, tidak meninggalkan sampah perniagaan dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Langkah pencegahan infestasi tikus yang paling berkesan bukan hanya bergantung kepada pemasangan perangkap atau penggunaan racun tikus, sebaliknya bermula dengan amalan menjaga kebersihan secara konsisten.

Kempen ini telah dilaksanakan dari bulan Mei hingga Julai 2026 dimana ia turut disertai dengan pelbagai usaha dan sokongan daripada pelbagai agensi seperti Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Dungun untuk mempergiat operasi kawalan tikus secara bersepadu di Pasar Besar Dungun.

Penganjuran kempen ini merupakan inisiatif berterusan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Majlis Perbandaran Dungun dalam usaha membasmi infestasi tikus di pasar awam.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kebersihan yang berterusan serta mewujudkan persekitaran Pasar Besar Dungun yang lebih bersih, sihat, selamat dan lestari demi kesejahteraan bersama.

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#SayangiDungun

#TMBS

#KebersihanTanggungjawabBersama

#SayaCaknaKebersihan

741906688 2233893197373760 1002924752492563289 n

Pin It
  • Site Last Modified : Monday 13 July 2026.

visitors since 2016

01393866

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my