Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana Peringkat Daerah Dungun 1440H/2019M
Lebih 10,000 warga Dungun tidak ketinggalan mengunjungi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana Peringkat Daerah Dungun 1440H/2019M yang diadakan pada 18 Jun yang lepas di Dewan Arena Merdeka.
Program yang bermula jam 10 pagi sehingga 1 petang ini disertai pelbagai agensi termasuklah Pejabat Daerah & Tanah Dungun, Majlis Perbandaran Dungun, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Pembangunan Keluarga, Hotel UiTM Dungun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan i-MITS Parlimen Dungun.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi merangkap ADUN Paka; YB Ustaz Satiful Bahri bin Mamat, Ahli Parlimen Dungun; YB Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Pegawai Daerah Dungun; Tuan Haji Rosdi bin Awang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun; Tuan Haji Lizan bin Che Mat.
Majlis Perbandaran Dungun berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Gerai Hari Raya Aidilfitri diikuti Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan dan Pejabat Risda Daerah Dungun.

