OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN WAKTU MALAM 2026
Pada 29 Jun 2026 (Isnin), Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan Waktu Malam di sekitar kawasan pentadbiran MPD.
Operasi ini melibatkan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kawalan Bangunan dan Bahagian Pelesenan bagi memastikan aspek pelesenan, kebersihan, keselamatan makanan serta pematuhan terhadap perundangan yang berkuat kuasa sentiasa dipatuhi.
Sebanyak 6 premis makanan telah diperiksa. Hasil operasi, 7 kompaun dan 7 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MDD) 1993, Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDD) 1993 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
MPD akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Kerjasama semua pengusaha premis makanan amatlah dihargai.
#KebersihanTanggungjawabBersama

