OPERASI PENURUNAN KAIN RENTANG

8 Julai 2026 (Rabu), Bahagian Pelesenan, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah melaksanakan Operasi Penurunan Kain Rentang dan Gegantung Haram serta Tamat Tempoh di sekitar kawasan pentadbiran MPD bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat permit pengiklanan dan Undang-Undang Kecil Iklan yang berkuat kuasa.

Operasi ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kain rentang dan gegantung yang dipasang tanpa kelulusan, dipasang di lokasi yang tidak dibenarkan atau masih dipamerkan selepas tempoh permit berakhir. Tindakan penurunan telah diambil terhadap semua bahan iklan yang didapati melanggar syarat-syarat permit dan peraturan yang ditetapkan.

MPD akan terus melaksanakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan semua pemasangan kain rentang dan gegantung mematuhi syarat-syarat permit yang telah ditetapkan serta tidak menjejaskan imej dan keceriaan kawasan bandar.

Sehubungan itu, orang ramai, peniaga dan syarikat diingatkan supaya mendapatkan kelulusan daripada MPD sebelum memasang sebarang kain rentang atau gegantung serta memastikan bahan iklan diturunkan sebaik sahaja tempoh permit berakhir.

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dalam memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih, kemas, selamat dan teratur demi kesejahteraan serta keselesaan masyarakat.

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#SayangiDungun

#TMBS

#KebersihanTanggungjawabBersama

#SayaCaknaKebersihan

742129838 1894591114556680 4676993250623823874 n

Pin It
  • Site Last Modified : Monday 13 July 2026.

visitors since 2016

01393866

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my