PERJUMPAAN OPERATOR DAN PENGUSAHA JETI PELANCONGAN DUNGUN

Perjumpaan Bersama Operator Dan Pengusaha Jeti Pelancongan Dungun

Pada 22 Oktober 2025 (Rabu), satu perjumpaan bersama operator dan pengusaha jeti pelancongan Dungun telah diadakan oleh Majlis Perbandaran Dungun (MPD) yang telah dihadiri seramai 19 orang operator dan pengusaha jeti pelancongan.

Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif serta turut dihadiri oleh YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah cadangan pengenaan Fi Akses Jeti kepada semua pelancong. Langkah ini diharap dapat menambah baik pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan pelancongan, sekaligus menjadikan Pulau Tenggol sebagai salah satu destinasi pelancongan berpotensi tinggi di peringkat antarabangsa.570924236 1279830660836280 7276056560390421185 n

Pin It
  • Site Last Modified : Monday 10 November 2025.

visitors since 2016

01315644

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my