PESANAN KESIHATAN DARIPADA PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN (JEREBU)
Assalamualaikum dan salam sejahtera

PESANAN KESIHATAN DARIPADA PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN

JEREBU
Jerebu adalah satu keadaan pencemaran udara yang boleh memberi kesan kesihatan kepada individu sekiranya terdedah secara berterusan dalam tempoh yang lama.

Panduan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Nilai IPU, kod warna dan status:
0 - 50 Biru = Baik
51 - 100 Hijau = Sederhana
101 - 200 Kuning = Tidak Sihat
201 - 300 Oren = Sangat Tidak Sihat
> 300 Merah = Bahaya

Langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan:

Kurangkan aktiviti fizikal/riadah di luar rumah

Gunakan penutup hidung dan mulut jika perlu berada di luar rumah (terutamanya golongan berisiko tinggi).

Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah.

Kurangkan pencemaran di dalam rumah/premis:
- Tidak merokok
- Tutup tingkap rumah

Memasang penghawa dingin dan penapis udara (air filter/purifier).

Gunakan penghawa dingin dengan memilih _mode_ kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

Minum banyak air kosong sekurang -kurangnya 8 gelas sehari.

Kerap mandi, cuci tangan dan muka

Dapatkan info terkini semasa daripada media massa agensi terlibat.
Gejala Kesan Kesihatan Yang Akan Dialami Jika Terdedah Kepada Jerebu Secara Berterusan?

Batuk dan gatal di bahagian kerongkong

Sukar bernafas atau sesak nafas, sakit dada

Mata terasa pedih dan berair

Hidung berair dan kerap bersin
Jerebu memberi kesan lebih teruk kepada golongan berisiko tinggi iaitu:

Kanak-kanak

Orang tua

Pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru, paru-paru kronik, jantung dan alahan.

Perokok

Mereka yang perlu sentiasa bekerja di luar pejabat atau luar rumah

Dapatkan segera rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat

Pesanan Ini Daripada Pejabat Kesihatan Daerah Dungun