PROGRAM BRISK WALK TELUK LIPAT, DUNGUN 2026: LANGKAH SIHAT, PANTAI BERSIH
Pada 4 Julai 2026, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan Program Brisk Walk Teluk Lipat, Dungun 2026: Langkah Sihat, Pantai Bersih di Pantai Teluk Lipat, Dungun di bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB).
Program dimulakan dengan senamrobik, diikuti aktiviti brisk walk serta gotong-royong pembersihan pantai melalui inisiatif “Pantai Kita, Wajah Kita”. Turut diadakan ialah taklimat kesedaran, pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, pameran serta perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan pantai serta memperkukuh penglibatan komuniti dalam pemeliharaan alam sekitar.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Nasir bin Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun. Turut hadir ialah Puan Ainie bt Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha Unit Pemerkasaan Bumiputera, wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Secara keseluruhannya, program ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat, sekali gus mencerminkan komitmen MPD dalam membentuk komuniti yang sihat, sejahtera dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.
#TelukLipatBriskWalk2026 #DungunAktif #KomunitiDungun #LangkahSihatPantaiBersih

