Program “Corporate Social Responsibility” (CSR) Sukarelawan Oyen Dari FELDA Wilayah Terengganu
Pada 24 Ogos 2025 (Ahad), pihak FELDA Wilayah Terengganu telah menganjurkan Program CSR Sukarelawan Oyen yang bertempat di Taman Kucing Dungun, Bukit Bauk, Dungun Terengganu.
Program ini telah disertai oleh seramai 63 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan FELDA wilayah Negeri Terengganu yang diketuai oleh Encik Shahruddin bin Ab Rahman, Pengarah Wilayah, FELDA Wilayah Terengganu. Program ini telah disambut mesra oleh Puan Nurulrabiatul Adawiyyah bt Awang, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Kesihatan & Kebersihan, Majlis Perbandaran Dungun.
Tujuan utama program ini adalah bagi menunjukkan sifat prihatin terhadap isu haiwan jalanan yang juga memberi kesan kepada masyarakat setempat. Selain itu, ianya juga dapat mendidik orang ramai tentang kepentingan menjaga haiwan peliharaan serta memupuk nilai kasih sayang.
Program ini juga turut diserikan dengan perkongsian ilmu berkaitan penjagaan kucing oleh Encik Mohd Faizuddin Bin Zainal Abidin yang merupakan salah seorang sukarelawan kucing di daerah Dungun.
Disamping itu juga, pihak FELDA Wilayah Terengganu turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kucing sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada pengurusan Taman Kucing Dungun.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha kecil ini menjadi pencetus kepada lebih banyak aktiviti kebajikan dan kelestarian komuniti pada masa akan datang.