PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA MPD BERSAMA KESUMA

Semarak Hari Asyura di MPD

13 Julai 2025 | Ahad

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bersama Kelab Sukan dan Kebajikan KESUMA telah mengadakan gotong-royong memasak bubur asyura secara beramai-ramai bersama seluruh warga kerja dan Ahli Majlis MPD. Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah menghidupkan semangat kebersamaan dalam menyambut bulan penuh keberkatan ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua MPD, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, serta Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan MPD (KESUMA), Encik Sabri bin Abas. Turut bersama, Tuan ADO Pejabat Daerah Dungun sebagai juri jemputan bagi menilai bubur terbaik hari itu!

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Moga ukhuwah ini terus utuh dalam memacu kecemerlangan MPD 

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1195241739295173&id=100064280755985&rdid=Z1AbdjmdayQeIjvu

 

#AsyuraMPD#MPDKita

#KESUMA

#DungunHebat

#MPDSejahtera 

519413639 1195243465961667 865959384239693234 n

Pin It
  • Site Last Modified : Monday 21 July 2025.

visitors since 2016

01297350

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my