KHAMIS, 10 Julai 2025, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan program gotong-royong pembersihan Pasar Paka sempena Kempen Kesihatan Persekitaran (Kempen Pasar Awam Bersih) Tahun 2025.
Kempen ini dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MPD, Tuan Haji Lukema Meri Bin Salleh @ Abdul Latif. Penyertaan melibatkan 170 orang peserta, antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Paka, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Kontraktor Perkhidmatan Pembersihan Awam Zon I, J, K dan L, Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Terengganu, Universiti Teknologi Mara Cawangan Terengganu dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
Selain itu, turut diadakan program Kitar Semula Barangan Terpakai, E- Waste dan Minyak Masak Terpakai yang dikendalikan oleh Syarikat RD Papers dan Sally Globals Sdn. Bhd.
Program ini merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh MPD untuk memastikan kebersihan terjaga dan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pasar.