PROGRAM KITAR SEMULA (TRASH TO CASH) MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN SIRI 1/2026

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan Program Kitar Semula dengan kerjasama syarikat Awie Metal Sdn. Bhd. dan Sally Global Enterprise bagi pengumpulan barangan kitar semula, e-waste dan minyak masak terpakai. Program ini berkonsepkan Trash to Cash dimana penyumbang menerima ganjaran wang tunai mengikut jenis dan kuantiti barangan kitar semula yang dihantar, termasuk e-waste (sisa elektronik).

Keberhasilan daripada pelaksanaan program ini, MPD telah berjaya mengumpul 4,397 kilogram barangan kitar semula, 482 kilogram e-waste (sisa elektronik) dan 948 kilogram minyak masak terpakai. Kejayaan ini jelas membuktikan tahap kesedaran dan komitmen warga Dungun dalam mengamalkan budaya kitar semula amat wajar dipuji, sekaligus membantu mengurangkan jumlah sisa yang berakhir di tapak pelupusan.

Program ini bukan sahaja menyokong usaha kelestarian alam sekitar, malah turut memberi manfaat ekonomi melalui kaedah insentif tersebut kepada individu dan komuniti setempat.

Terima kasih warga Dungun atas semangat hijau anda!

Teruskan menyokong inisiatif lestari ini demi bumi Dungun yang lebih bersih, sihat dan mampan 🌱♻️

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#TMBS

#SayangiDungun

#Id2025

#SayaCaknaKebersihan

#SampahSayaTanggungjawabSaya

621193647 1351389903680355 6571705633737730551 n

Pin It
  • Site Last Modified : Monday 26 January 2026.

visitors since 2016

01331470

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my