DUNGUN BERGEMA DENGAN SEMANGAT MERDEKA!
Padang Arena Merdeka Dungun hari ini telah menyaksikan Program Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-68 & Kibar Jalur Gemilang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat jiwa patriotik.
Disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, program ini dihadiri oleh semua kakitangan MPD turun padang, bersama jentera dan kenderaan rasmi MPD yang menghiasi acara dengan megah dan penuh kebanggaan.
Hadirin turut dipertontonkan dengan persembahan deklamasi sajak kemerdekaan dan pembarisan oleh kontinjen MPD sebagai persiapan sempena Perarakan Perbarisan Peringkat Negeri Terengganu pada 31 Ogos 2025 nanti.
Kontinjen ini telah menjadi johan tahun 2024 kategori Badan Bukan Uniform (bertanding) dan bersedia mempertahankan reputasi ditahap yang terbaik.
Tarikh: 14 Ogos 2025
Lokasi: Padang Arena Merdeka, Dungun
Bersama kita semarakkan jalur gemilang dan berbangga menjadi rakyat Malaysia
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Website: https://mpd.terengganu.gov.my/index.php/ms/
#MPD #pbt #SayangiDungun #SeindahDungun
#MalaysiaMadani #RakyatDisantuni #MPDDungun #BulanKebangsaan68 #KibarJalurGemilang #KontinjenJuara