Program Ziarah Ramadhan

Program Ziarah Ramadhan

Setiap tahun Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengadakan program Ziarah Ramadhan dimana Yang Dipertua bersama warga kerja MPD menziarahi kakitangan & keluarga yang sakit.

Ziarah Ramadhan ini melibatkan 9 buah rumah kakitangan di sekitar bandar Dungun, Kampung Padang Pulut & Kampung Talong.

Antaranya adalah ibu kepada Mohd Rudisham bin Mohd Jamri dari Bahagian Tempat Letak Kereta (TLK) yang menghidap penyakit buah pinggang dan Mazlan bin Ab. Halim yang baru sahaja kehilangan bonda tercinta pada Khamis lepas akibat sakit jantung.

Pihak MPD memberi sumbangan duit raya dan hamper barangan dapur bagi persediaan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Didoakan agar mereka semua tabah menghadapi dugaan & sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Image
Image
  • Site Last Modified : Tuesday 26 March 2024.

visitors since 2016

01147904

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN