SELAMAT DATANG YB DATO’ PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KE MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

Rabu | 21 Januari 2026 - Yang Berhormat Dato’ Tun Haji Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Dungun (MPD) buat julung julung kalinya ke Daerah Dungun pada tahun 2026 ini. Beliau telah disambut oleh YBrs Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua dan En Mohd Sabri bin Abas, Setiausaha serta Ahli-ahli Majlis dan Pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Dungun.

Program ini didahului dengan taklimat ringkas dan membincangkan perancangan tahun 2026 MPD yang telah dibentangkan. Seterusnya agenda berakhir dengan gimik penanaman pokok Dungun (Heritiera Littoralis) di Taman Tasik Tanjung Sura, Sura Hujung sempena simbolik sejarah kepada nama Daerah Dungun. Warga Majlis Perbandaran Dungun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato’ meluangkan masa ke program ini.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !

FACEBOOK: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1349074253911920&id=100064280755985&rdid=yIhoo2VS12x2zFSp

Website: mpd.terengganu.gov.my

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#TMBS

#SayangiDungun

#Id2025

616136101 1345401894279156 566984337600851218 n

Pin It
  • Site Last Modified : Monday 26 January 2026.

visitors since 2016

01331470

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my