Tahniah & Syabas Majlis Perbandaran Dungun!
Majlis Perbandaran Dungun telah mendapat Anugerah dan Pengiktirafan Smart City Malaysia 2025, Smart City Early Adopted (Tahap 1).
Pengiktirafan ini telah diterima oleh Tuan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Dungun, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif yang mewakili MPD pada majlis penyampaian anugerah.
Anugerah ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan, Kongres Perancangan Kebangsaan (NPC) dan MyCity Expo 2025 pada 28 Oktober 2025 di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian besar yang menandakan komitmen dan usaha berterusan MP Dungun dalam memperkasa pembangunan bandar pintar, mampan dan berdaya huni.
Langkah ini meletakkan Dungun sebaris dengan bandar-bandar lain di Malaysia yang sedang menuju ke arah transformasi digital dan inovasi dalam tadbir urus bandar. Melalui pelaksanaan konsep Smart City, MP Dungun akan terus menumpukan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan awam, pengurusan sumber yang efisien, serta memperkukuh kesejahteraan dan kemudahan untuk seluruh komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, PLANMalaysia, rakan-rakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta seluruh warga Dungun yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan agenda pembangunan bandar pintar ini.
Bersama kita jayakan hasrat menjadikan Dungun sebagai bandar yang pintar, mampan dan berdaya huni, selaras dengan aspirasi Terengganu Smart City.
#id2030 #HariPerancangBandarSedunia #TerengganuSmartCity #MPD #BandarPintar
