VANDALISME BUKAN LAGI BUDAYA

SENI TIDAK BERTEMPAT

VANDALISME BUKAN LAGI BUDAYA

Malang sungguh sikap pentingkan diri,

Tong sampah diconteng menyakitkan hati,

Adab dan sivik ke mana pergi,

Kemudahan awam rosak, seluruh komuniti rugi.

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) memandang serius sebarang perbuatan vandalisme oleh mana-mana individu tidak bertanggungjawab terhadap kemudahan awam yang disediakan. Perbuatan yang sengaja seperti menconteng, membakar, merosakkan atau memusnahkan tong sampah awam bukan sahaja mencacatkan pemandangan dan imej komuniti, malah mengakibatkan kos kerugian dan ganti rugi yang tinggi bagi setiap kerosakan tong sampah awam.

MPD percaya bahawa warga Dungun adalah warga yang bertamadun, berbudaya tinggi dan berteraskan nilai-nilai sivik dalam memelihara kemudahan awam serta bersama-sama mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan lestari.

Bagi membendung gejala vandalisme, MPD amat menghargai kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan sebarang perbuatan vandalisme yang berlaku di kawasan komuniti masing-masing. Sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian 09-8481931 atau 013-9983206 (aplikasi WhatsApp).

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#SayangiDungun

#TMBS

#KebersihanTanggungjawabBersama

#SayaCaknaKebersihan

724568863 3021927534677206 5073077579509225916 n

Pin It
  • Site Last Modified : Monday 13 July 2026.

visitors since 2016

01393867

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my