Bukit Besi

Image
Image
Image

Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu.Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.

Mengikut cerita, lombong Bukit Besi ditutup kerana bijih besi dikatakan habis dikaut tentera Jepun. Jika ke sini, anda berpeluang melihat bekas tinggalan alatan dan kelengkapan melombong bijih besi seperti jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun bagi membolehkan bijih besi diangkut dan dieksport.

Lokasi ini menjadi antara tumpuan pelancong terutama dari luar negara untuk melihat dari dekat tinggalan terowong, rumah penginapan, semaian timah dan cerobong kilang. Pengeluaran bijih digandakan untuk mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat.

Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Kepala keretapi juga telah diganti dengan yang baru, ditempah dari England. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi.

Image
Image

Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan.

Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik.Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda. Di Bukit Besi juga terletaknya Tasik Puteri.

Tasik ini terletak dalam Daerah Dungun dan merupakan sebuah tasik buatan manusia yang dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi. Tasik ini dahulunya lombong bijih kini bertukar menjadi pusat rekreasi utama bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan.

Keluasan tasik ini adalah 131 hektar. Tasik ini melibatkan kawasan persekitaran kira-kira 5km persegi, bersempadan Kampung Dikinson di sebelah utara, terletak kira-kira 3km dari Bandar Bukit Besi bila menghala ke Kuantan melalui Jabor.

Di tebing sebelah barat tasik ini terdampar indah menghijau sebuah kawasan padang golf iaitu Tasik Puteri Golf Club. Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertanggungjawab memajukan tasikk ini untuk tujuan pelancongan yang terkenal.

Tasik Puteri Bukit Besi terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuala Terengganu dan 200 kilometer dari Kuantan menggunakan jalan Jerangau-Jabor. Pelancong boleh memandu sendiri ke Tasik Puteri melalui Jalan Jerangau Jabor.

Dari Kuala Terengganu menggunakan Jalan Jerangau Jabor – Kuantan sebelum masuk ke persimpangan kanan ke Bandar Bukit Besi. Tasik ini terletak di pinggir lebuh raya Jerangau Jabor – Kuantan. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat rekreasi ini.

  • Site Last Modified : Tuesday 26 March 2024.

visitors since 2016

01147936

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN