Destinasi Menarik

Litar Kereta Lumba

Litar kereta ini bermula ditubuhkan pada awal bulan 4. Anggaran kos penubuhan litar ini berjumlah RM 300 000 di kawasan rekreasi Pantai Teluk Lipat. Trek ini sepanjang 255 meter dan pentas pemandu setinggi 3meter dan 8meter panjang. Penubuhan litar ini di atas kerjasama Majlis Perbandaran Dungun dan juga kelab model kerata kawalan jauh Dungun. Ia dibuka secara percuma kepada orang awam semasa majlis pembukaan terdahulu. Litar ini juga yang pertama di Malaysia yang berkonsepkan taman.

Pokok Cengal, Hutan Simpan Pasir Raja

Pokok cengal ini spesis Neobalanocarpus heimii. Berukuran 1675 cm lilitan dan 65 meter tinggi. Pokok ini dijumpai di Kompartment 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun Terengganu. Pokok cengal terbesar dan berusia kira-kira 1300 tahun ini ditemui di Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.

Pantai Tanjung Jara

Saksikan ketenangan Laut China Selatan, saat anda berada di pantai dengan pasir halus di sini. Terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir halus keemasan yang menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan lembut bayu laut di wajah anda. Pantai ini juga lokasi menarik untuk luncur air, menaiki bot, kayak, menyelam dan pelbagai sukan air lain.

  • Kemaskini Pada : Khamis 18 April 2024, 01:41:57.

pelawat sejak 2016

01150856

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN