Masjid di Mukim Sura

Image

Masjid An-Naim, Sura Jeti

Masjid An-Naim Sura Jeti dibina di atas bekas tapak Surau Sura Jeti Dungun. Ianya dibina dengan permohonan orang ramai termasuk JKKK Kampung Sura Utara Dungun di atas tapak PT 7879 dan PT 1802 berkeluasan dua setengah ekar di Kampung Sura Jeti Dungun. Masjid ini boleh menampung 1500 orang jemaah dalam satu masa. Kos pembinaan awal bagi menyiapkan masjid ini berjumlah lebih kurang RM 3.888,861 juta dan ianya adalah banguan kekal 1.5 tingkat. Terletak dikawasan yang mana sebelah utaranya Kampung Teluk Lipat, sebelah selatannya Kampung Batu 48, sebelah timurnya Laut Cina Selatan dan sebelah baratnya pula Jalan Besar Dungun/Jalan Paka.

Masjid ini dibina pada 16 Febuari 2007 dan telah siap dibina pada 20 Julai 2009. Ianya diisytiharkan sebagai masjid dan mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat pada 16 Zulkaedah 1430 bersamaan 04 November 2009. Solat Jumaat pertama didirikan pada 18 Zulkaedah 1430 bersamaan 06 November 2009 dan telah diimamkan oleh Tuan Haji Mohd Zaki Bin Salleh dan bilal pada ketika itu ialah Haji Mazlan Bin Ibrahim (Bilal Kerajaan Masjid Sura Dungun).

Image

Masjid Muhajirin Batu 7

Masjid Muhajirin dibina bagi memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Batu 7, pelajar dan kakitangan Sekolah Menengah Teknik dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dan pertambahan qariah bagi menunaikan sembahyang Jumaat. Sebelum Masjid Muhajirin dibina, sembahyang Jumaat dilakukan disurau Sekolah Menengah Teknik.

Justeru itu, Pejabat Agama Daerah Dungun dan Sekolah Menengah Teknik bersepakat menaik taraf surau sekolah kepada masjid bagi memudahkan pihak qariah menunaikan solat jumaat. Selama 5 tahun pihak qariah menggunakan surau tersebut untuk menunaikan solat jumaat. Pada tahun 2008 Kerajaan Negeri membina sebuah masjid diperkarangan kawasan tanah perkampungan Batu 7. Dengan itu terbinalah masjid di kawasan tersebut dan diberi nama Masjid Muhajirin Batu 7.

Image

Masjid Sura

Masjid Sura dibina dikawasan masjid lama yang sangat uzur yang diperbuat daripada kayu yang menampung 300 jemaah. Pembinaan masjid baru ditapak masjid lama tidak dapat didirikan kerana masalah tanah.Jawatankuasa masjid berusaha mencari tapak yang sesuai untuk didirikan masjid baru. Seorang hamba Allah bernama Raja Mat bin Raja Deraman dengan bermurah hati mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid baru yang ada sekarang. Masjid baru mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1982. Masjid ini dibina menggunakan peruntukan kerajaan sepenuhnya dengan kos RM 70,000 dengan status bangunan kekal.Masjid ini terletak di mukim Sura dengan keluasan tapak tanah kira satu tiga suku ekar. Pembinaan Masjid Sura ini hanya menggunakan kayu, tetapi di bahagian kubahnya yang berbintang lagi unit menggambarkan bahawa ia adalah lambang Islam yang sejati dan masjid juga mampu memuatkan kira-kira 700 orang jemaah.

Perasmian pembukaan masjid ini telah dilakukan oleh DYMM Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah pada 18 Mac 1983. Pertambahan penduduk denagn terdirinya Kampus UITM dan SMK Sains Dungun menyebabkan masjid tidak dapat menampung ketika solat jumaat. Sehingga kini sebanyak 3 kali pembesaran telah dilakukan dengann menggunaknan wang sumbangan dari orang ramai. Pada masa ini Masjid Sura ini dapat menampung seramai 1500 orang jemaah pada satu masa.Persempadanan jumaat di utara Laut China Selatan, Selatan Jalan Lapangan Terbang, Timur Kg Balai Besar dan Barat Jalan Melati.

Image

Masjid UITM Kampus Dungun

 Masjid UiTM kampus Dungun mula dibina pada tahun 1981 dan siap digunakan pada tahun 1983 iaitu selepas 10 tahun dibina. Masjid UiTM kampus Dungun ini diiktiraf sebagai masjid mukim kampung Sura Hujung. Masjid ini mampu menampung seramai 2000 orang pada satu-satu masa.

Diantara kemudahan yang terdapat di Masjid UiTM Dungun ialah bilik mesyuarat, ruang pejabat, dapur, dan bilik pengurusan jenazah.Ahli karyah yang utama bagi masjid ini ialah pelajar-pelajar UiTM Dungun dan penduduk yang berdekatan. Masjid dinaik taraf pada tahun 2009.Masjid UiTM Dungun mempunyai seorang imam dan bilal lantikan UiTM serta 2 orang imam dan bilal yang dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

  • Kemaskini Pada : Khamis 18 April 2024, 01:41:57.

pelawat sejak 2016

01150930

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN