
IKLAN JAWATAN KOSONG
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Rujukan Fail : MPD. 01/02/28 ( 31 )
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan memenuhi syarat serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :
BIL. |
JAWATAN DAN GRED |
KLASIFIKASI / KUMPULAN PERKHIDMATAN |
JADUAL GAJI |
KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
|
Gaji Minimum |
Gaji Maksimum |
||||
1. |
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 |
Perubatan dan Kesihatan / Pengurusan dan Profesional |
RM2,429.00 |
RM9,656.00 |
RM225.00 |
2. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 |
Perubatan dan Kesihatan / Pelaksana |
RM1,797.00 |
RM5,753.00 |
RM145.00 |
3. |
Pembantu Kemahiran Gred H19 |
Kemahiran / Pelaksana |
RM1,377.00 |
RM4,052.00 |
RM100.00 |
4. |
Pelukis Pelan (Senibina) / Penolong Pegawai Senibina Gred JA19 |
Kejuruteraan / Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu) |
RM1,377.00 |
RM4,052.00 |
RM100.00 |
5. |
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 |
Kewangan / Pelaksana |
RM1,353.00 |
RM4,005.00 |
RM100.00 |
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Dungun
Tarikh dikeluarkan : 10 OKTOBER 2021
CARA MEMOHON
i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MPD. TR. 1/2021 dengan memuat turun daripada laman webhttp://mpd.terengganu.gov.my. atau Facebook Majlis Perbandaran Dungun (facebook.com/mpdungun).
ii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :
- Gambar berukuran passport (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
- Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan.
- Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu atau Salinan Kad Pengenalan bapa (jika bapa lahir di negeri terengganu).
- Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan; dan
- Salinan dokumen berkaitan yang disahkan
PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
i) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskinikan dan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun berturut-turut disertakan.
ii) Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruang alamat.
iii) Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU
(U.P. BHG. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
iv) Tarikh Tutup Permohonan : 21 OKTOBER 2021(JAM 12.00 T/HARI)
.
CATATAN:
(i) Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas, tidak ditandatangani atau tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan akan ditolak.
(ii) Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
(iii) Salinan sijil yang tiada pengesahan akan ditolak.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
BERTARIKH : 10 OKTOBER 2021
PAUTAN UNTUK MUAT TURUN BORANG JAWATAN KOSONG: http://mpd.terengganu.gov.my/