Reka cadang logo ini adalah berdasarkan pada visi, misi, objektif Majlis Perbandaran Dungun, yang mana ia diterjemahkan melalui imej lingkaran Bunga Dungun, bentuk bulat, segi tiga, simbol atom dan Jata Negeri Terengganu adalah mewakili kuasa dalam pengurusan, perancangan dan pentadbiran MPD seperti yang telah diamanahkan kepadanya.
Susun atur elemen-elemen reka bentuk logo mencerminkan dasar atau polisi yang dijalankan oleh organisasi melalui amalan budaya kerja profesional. Lingkaran Bunga Dungun, segi tiga dan simbol atom disignifikasikan sebagai kondisi keindahan persekitaran, pembangunan infrastruktur dan perkembangan teknologi semasa yang berada di bawah penyelenggaraan dan penyeliaan yang cemerlang oleh MPD.
Komponen-komponen keprofesionalan ini diterjemahkan melalui gabungan imej Jata Negeri Terengganu. Imej-imej ini juga adalah mewakili tunjang induk pengurusan negeri seperti yang diamanahkan kepada MPD. Jata Negeri Terengganu adalah dasar dan polisi yang diguna pakai dalam pelbagai aktiviti pengurusan dan pentadbiran ke arah kecemerlangan masyarakat, infrastruktur dan persekitaran setempat.
Keseluruhan reka bentuk logo yang dicadangkan memberi gambaran bahawa Majlis Perbandaran Dungun sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang cekap, berwibawa, amanah, efisyen, kukuh dan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan sebagai penyumbang utama dalam pemantapan dan kecemerlangan masyarakat umum, sektor awam dan keindahan persekitaran setempat.
Elemen | Gambar | Maksud |
---|---|---|
Jata negeri Terengganu |
Kuasa (authority) dan tanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan berdasarkan pada visi, misi dan objektif yang dibentuk. |
|
Lingkaran Bunga Dungun |
Pengurusan dan perkhidmatan untuk masyarakat setempat. |
|
Bentuk Bulat | Pembangunan prasarana dalam memenuhi kondisi semasa untuk kepentingan masyarakat setempat. | |
Segi tiga | Pembangunan infrastruktur yang pesat | |
Atom | Pembangunan dan perkembangan Teknologi semasa | |
Bunga Dungun |
Pengurusan dan penyeliaan keindahan dan persekitaran sebagai aset pelancongan. |
Warna & Signifikasi
Biru - Amalan Budaya Kerja Profesional
Merah - Pengurusan Yang Cekap/Kuasa
Kuning - Dasar dan Polisi/Amanah
Hitam - Keteguhan dan Kewibawaan
Logo MDD & MPD
Logo MDD berkuatkuasa pada 01.01.1981
Logo MPD berkuatkuasa pada 20.08.2008 sehingga kini
Logo Sayangi Dungun