Program Pembangunan Masyarakat

RINGKASAN MAKLUMAT
PROGRAM BINA RUMAH DAN BAIK PULIH RUMAH DI BANDAR

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

BINA BARU RUMAH
PerkaraPenerangan
Kriteria Kelayakan
  • KIR / AIR yang menetap di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (kawasan bandar);
  • Disahkan status kemiskinan dalam sistem eKasih sama ada miskin tegar / miskin / terkeluar (kumpulan B40 sahaja);
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam eKasih, KIR / AIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah dan satu salinan minit mesyuarat perlu dikemukakan semasa permohonan;
  • Sebarang kelulusan bagi program ini perlu diperaku oleh Jawatankuasa Perumahan di peringkat Kementerian terlebih dahulu sebelum dimaklumkan kepada pihak PBT;
  • Rumah yang didiami mengalami kerosakan teruk yang tidak ekonomik untuk dibaiki atau ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir, ribut atau tanah runtuh;
  • Memiliki tanah kosong atas nama sendiri untuk dibina rumah; dan
  • Jika tidak memiliki tanah sendiri, KIR / AIR perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah / waris sebelum membina rumah di tapak yang dikenal pasti
Jenis Rumah
  • Rumah sesebuah / rumah berkembar/ teres (landed property sahaja)
Permohonan yang TIDAK LAYAK dipertimbangkan
  • Pembesaran dan pengubahsuaian bahagian dalam atau luar rumah sedia ada;
  • KIR / AIR mendiami rumah setinggan;
  • KIR / AIR telah menerima bantuan bina baru / baik pulih rumah sama ada dari KPKT atau mana-mana Agensi Kerajaan lain kecuali yang terlibat dengan musibah; dan
  • Permohonan tidak disertakan dokumen sokongan yang lengkap
Jumlah Permohonan
  • Pegawai penyelaras PPKB di PBT dimohon untuk mendapatkan pengesahan daripada Unit Penyelarasan Projek di Jabatan masing-masing sebelum mengemukakan permohonan ke KPKT bagi mengelakkan kos pembinaan yang melebihi kadar bantuan dan jumlah permohonan melebihi keupayaan pelaksanaan oleh Jabatan
Kaedah Permohonan
  • Melengkapkan Borang PPKB 4a mengikut kriteria yang ditetapkan dan disertakan dokumen sokongan seperti berikut :-
  • a) Salinan Kad Pengenalan KIR / AIR;
    b) Gambar penuh rumah dengan jelas (dari luar);
    c) Gambar kerosakan dengan jelas (sila nyatakan jenis kerosakan);
    d) Satu salinan geran / carian rasmi di Pejabat Daerah dan Tanah; dan
    e) Borang PPKB 4b sekiranya KIR / AIR tidak memiliki tanah sendiri

  • Mengemukakan dokumen lengkap permohonan kepada alamat berikut :-

  • Majlis Perbandaran Dungun,
    Jabatan Pembangunan Masyarakat,
    Jalan Yahya Ahmad, 23000 Dungun, Terengganu
    Tel : 09 848 1931
    Faks : 09 848 3210

  • Kemaskini Pada : Rabu 05 Mac 2025, 08:43:20.

pelawat sejak 2016

01202597

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi